Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi berkata, Turki berada dalam percubaan membangunkan kembali empayar Turki Uthmaniyyah sehingga tidak bersedia memerangi ISIS dan menarik kembali tenteranya dari bumi Iraq.
"Turki sedang memberitahu kita bahawa ia tidak sabar-sabar untuk melawan ISIS, tetapi saya memberitahu mereka secara terus terang, saya tidak melihat bukti itu dan saya berharap untuk melihat lebih banyak bukti mengenai niat mereka untuk melawan ISIS," kata beliau sambil menambah, "Saya rasa Turki beralih prioriti yang memberi fokus kepada Kurd sebagai isu berbanding ISIS sebagai masalah major mereka."
Beliau berkata, "Pengganas ISIS bertanggung jawab dalam pengeboman di Turki baru-baru ini dan Ankara dinasihati untuk mengambil risiko ISIS secara serius."
Perdana Menteri Iraq menuduh Turki meluaskan medan tempur dengan memerangi PKK sehingga dalam wilayah kedaulatan Iraq dan inilah yang akan dilakukannya di dalam Syria.
Haider al-Abadi berkata, Iraq berminat untuk mengekalkan hubungan baik dengan Turki selaku jirannya, tetapi dalam masa yang sama ia berkeras bahawa tentera Turki perlu dikeluarkan dari Iraq.
Pada awal Disember 2015, Ankara mengirim kira-kira 130 tenteranya yang menghampiri Mosul, kota kedua terbesar di Iraq yang jatuh ke tangan ISIS pada Jun 2014.
Inisiatif ini tidak dibenarkan oleh Baghdad dan menyifatkannya sebagai melanggar kedaulatan negara.
Pihak berkuasa Iraq sudah berkali-kali menggesa Ankara untuk menarik kembali tentera dan kelengkapan ketenteraan dari wilayah Nineveh, di samping menahan diri dari melakukan tindakan yang sama pada masa hadapan.